Wednesday, October 26, 2011

Takkan lupa Sampai bila2:Graduation Day MRSM Kota Putra 2011!

Salams..
Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah bagiku sepnjg saya hidup slama 15 tahun nie..
Secara rasmii x rasminya saya dianugerahkan 'Pelajar Tebaik Form 3 MRSM Kota Putra 2011'
Pergh..At first tak caye lah jugak,tapi..
Alhamdulillahirabbil A'lamiin
Tuhan kabulkan permintaanku...
Bawah nie antara gmbar kenang-kenangan semasa Hari Graduation tersebut:
(Slmt Melihat...)
*Para graduan First batch UA MRSM Kopu 2011

*Bergambar bsama dengan family slps keluar dari Dewan

*Sijil....(lawanye!)

*Sebaris dhadapan bersama Kak Farahiyah(kecut mak oii!)

*Bergambar dgn kawan2 di sebelah koop!

*One of my bf,Marhamah Mohd. Yazid
*Bsama dengan Roomates

*Sehari sblm Graduation Day..Hias dewan
Sekian,jumpe lagi...~*

Saturday, October 1, 2011

Khas Untuk Pelajar2 yg Bakal menduduki Peperiksaan PMR:Tips Cemerlang Dalam Peperiksaan


Waa,PMR akan datang tidak lama lagi.Kepada kawan2 saya yang mengambil PMR pada tahun ini,adakah anda sudah bersedia.Di saat2 akhir ini,saya nak kongsikan serba sedikit tentang tips2 cemerlang paperiksaan,Baca2 lah ye!:
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.Jangan lupa rancang pengurusan masa anda sebaiknya.Danakhir sekali,Bebayakkanlah berdoa dan bertawakkal keoada Allah swt...~*