Wednesday, November 30, 2011

Gua rindu sama Classmate gua!!:3F,MRSM Kota Putra..

Assalamualaikum Warahmatullah,
Ntah saya mimpi ape malam tadi,sekarang ni rase macam lame sangat tak jumpe kawan2 kat Kopu,apetah lagi budak2 Kelas 3F..Pergh,rindu giler dohh..Iyelah,cuba bayangkan selama 3 tahun kami duduk dalam satu kelas yang sama tanpa pertukaran ahli..
Kat bawah antara memories yang telah kami lakarkan sepanjang kami hidup bersama di Kopu:
(Enjoy the show!)
*Gambar betul2 lpas pmr....MERDEKA!!!

*Sebilangan besar girls 3F~ruleZz..

*Sebahagian boys students..
*Malam Aspura Nights

*Kat bilik guruu,Rindunyee..
Walaupun masa2 bersama kita akan berakhir hujung tahun nie,harapnye korang tak lost contact antara 1 sama lain,bila dah kelas lain2 tahun depan,jgn sombong menyombong plak,ingat.Semangat 'F Rulezz' tak akan pernah pudar antara kita ber-30~*

Tuesday, November 29, 2011

Masa Rehat!!:Jom main Optical Illusion

Dalam kiraan 1,2,3...Gosok2 mata anda dan tengok gambar2 di bawah,,jangan jadi mata juling sudah...

Gambar 1:Cube jauhkan muka anda dari skrin dalam jarak 2 meter..Anda akan nampak suatu imej manusia!


Gambar 2:Unik dan menarik,ade berapa tangan di dalam gambar berupa manusia ini?

Gambar 3:Gambar ini bergerak sendiri ataupun....
Gambar 4:Nampaknya orang ini telah tersalah melukis gambar dalaman rumahnya.

Gambar 5:Cuba anda tengok betul2,petak2 hitam & putih itu sama besarkah ataupun tidak?

Selamat memutar belitkan otak anda!~*

Friday, November 25, 2011

Coming Very Soon..

Salams,
Hari tu saje2 buka Wikipedia pasal Peter Pan,tiba2 ternampak banner cerita ini:
Title:Disney's Tinker Bell-Secret Of The Wings
Coming on:Fall 2012
Macam best jer..harap dapat tengok tahun depan..^^
Al-maklumlah,lame tak tengok cerita2 macam ni..
That's all~*

Thursday, November 24, 2011

Jom intai petua2 dapur


Salam,jom tengok siket petua2 kat dapur..
1)Elak Bekas Dari Berbau-Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.
2)Menghilangkan Hanyir Daging-Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.
3)Halau Semut Dalam Gula-Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.
4)Cara mudah kopek kulit udang- Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.
4)Hilangkan Hanyir Ikan Sungai-Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.
5)Bersihkan Getah Nangka-Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.
6)Mengatasi Nasi Lembik-Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
7)Ulam Rangup-Rendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat. Ulam tetap segar dan rangup biarpun telah lama dibeli.
8)Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk-Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.
9)Elak Dari Lipas-Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.
10)Hilangkan Pahit Ulam-Rebus ulam yang pahit bersama daun senduduk. Setelah masak keluarkan ulam tersebut dan asingkan. Tos ulam dan hidankan bersama sambal belacan.


Sekian,Selamat Mencuba!~*

Wednesday, November 23, 2011

Sekitar program MIGTY 2011:Team WorldShaker!

Bertemu sekali lagi,
Hari ni saya ingat nak share pasal ahli2 group saya dalam program MIGTY Form 3 di MRSM Kota Putra.
Kat bawah nie merupakan gambar2 kami..=)



Ahli2 WorldShaker MIGTY 2011:
-Ahmad Atiq                                 -Nor Hayati
-Dinie Syahiran                              -Amirah Izzati
-Muhammad An-Naim                  -Maisarah Ainun
-Wan Hafizi                                   -Nur Ilyiana Fatinah
-Mohammed Nur Irfan                  -Nurhuda Izzati(saya)
-Muhammad Ikhwan                     -Nurul Zatil Amirah
-Muhammad Zikri                         -Siti Nur Syuhaida


Antara kejayaan yang telah kami kecapi bersama:
1)1st runner up-Group terbaik keseluruhan
2)Champion-English Musical Drama Fest(peter pan) with i2 Generation
3)2nd runner up-Entrepeneur Programme
4)Champion-Islamic Night Drama(kasih sayang bapa) with group 10,11 & 12.

Syukran Jazilan ...~*

Sunday, November 20, 2011

Setiap Manusia Akan Merasainya


Keadaan di tanah perkuburan Wak-wak yang biasanya lengang kini dihadiri pengunjung. Nampaknya ada penghuni baru yang menghuni tanah perkuburan ini. Selepas selesai mengkebumikan jenazah Abdullah yang baru meninggal semalam, di bahagian atas tanah perkuburan Wak-wak, penduduk kampung yang terlibat pun mula mengatur langkah menuruni anak tangga ke kaki bukit. Ini kerana, tanah perkuburan Wak-wak terletak dikawasan bukit.
"Macam banyak pula orang meninggal sekarang ni kan Pak Man." Tanya Amin kepada lelaki yang sedang berjalan berdekatannya. Pada wajahnya lelaki itu jelas kelihatan jalur-jalur usia yang sudah semakin lanjut.
"Ya, Min." Jawab Pak Man yang sedang memikul cangkul yang digunakan untuk menggali kubur tadi, di bahunya. "Sudah takdir Allah s.w.t, kita sebagai hamba-Nya kena terima ketentuan-Nya."
"Ya Pak Man." Amin dengan nada yang muram. Pengalaman pertama kali menggali kubur, membuatkannya berfikir dan merenung tentang nasib dirinya. Hari ini dia menggali kubur untuk orang lain, mungkin esok, orang lain pula akan menggali kubur untuknya.
Aziz yang berjalan di belakang Pak Man dan Amin mempercepatkan sedikit langkahnya. Ingin turut serta dalam perbualan Amin dan Pak Man.
"Terkenal juga abang Abdullah ni ya, Pak Man." Kata Aziz. Kagum melihat orang ramai yang pergi ke pengkebumian Abdullah. "Ramai sangat orang, lain daripada biasa. Tidak pernah saya lihat depan mata ramai orang ziarah pengkebumian macam ni."
"Ya. Ramai itu memang ramai. Tapi sayangnya, tidak ramai yang dapat mengambil iktibar daripadanya." Pak Man melontarkan kata-katanya. Kata-kata yang diluahkan daripada pengalaman yang sudah lama terkumpul.
"Maksud Pak Man?" Amin mengerut dahi. Bajunya yang dibasahi peluh ketika menggali kubur tadi sudah semakin kering.
"Ramai daripada kita melihat orang meninggal dunia, menziarahi kematian. Tapi dia seakan-akan lupa dengan kematian. Melihat orang lain meninggal dunia, tidak membuatkannya terfikir atau merenung untuk bersedia menghadapi kematian dirinya. Amalnya tidak bertambah, dia tetap hanyut dengan dunia." Jawab Pak Man sambil tertunduk. Kelihatan daripada raut wajah Pak Man kebimbangan dan kegusaran. Bimbang memikirkan nasib dirinya yang sudah semakin tua. Tentu ajal sudah semakin dekat dengannya.
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila mati seorang anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain, lalu diamalkan, dan doa seorang anak yang soleh." Amin menyebutkan mahfum sebuah hadis shahih yang dihafal olehnya.
"Di dunia inilah sahaja tempat kita beramal. Selepas kehidupan ini, tidak ada lagi amalan yang kita boleh lakukan untuk bekalan kita menuju akhirat. Kita hidup di dunia ini bukan suka-suka, tapi ada tujuannya. Untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Hidup kita ini umpama sebuah perjalanan jauh yang melalui beberapa persinggahan." Pak Man meluahkan kata-kata renungan dan nasihat. "Sekarang ini, kita sedang berada di dunia. Salah satu daripada persinggahan untuk mengumpul bekalan dalam menempuh perjalanan yang cukup jauh. Amat jauh. Apabila kita telah pergi perhentian seterusnya, maka tiada cara lagi untuk berundur semula."
Amin dan Aziz mendengar dengan teliti, cuba menyelami dan menghayati pengertian yang tersurat dan tersirat dalam ucapan Pak Man.
"Kalau kita tidak menggunakan peluang yang kita ada ini dengan sebaik-baiknnya, maka akan rugilah kita. Benar-benar akan rugi." Pak Man menambah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Aziz dan Amin diam mendengar kata-kata itu. Pak Man sememangnya seorang yang banyak berfikir dan banyak hikmah. Sesuai dengan usianya yang sudah semakin lanjut. Aziz dan Amin masing-masing merenung diri. Adakah mereka termasuk di kalangan orang yang lalai yang disebutkan Pak Man. Lupa kepada kematian dan leka dengan dunia.
"Pak Man ini sudah semakin tua..." Keluh Pak Man, tetapi dia tidak menghabiskan kata-katanya. Suaranya kedengaran sebak. Dia terdiam, tidak sanggup untuk meneruskan ucapannya. Terasa berat.
"Ajal manusia itu tidak tentu Pak Man. Tiada siapa yang tahu bila ajal akan menjemput. Muda atau tua bukan penentunya. Bayi dalam kandungan pun boleh meninggal." Kata Amin sebagai peringatan bersama.
"Ya, betul juga." Pak Man mengangkat wajahnya memandang ke langit yang kebiru-biruan."Hidup di dunia ini, kita tidak boleh leka. Sebagaimana kita buat persiapan untuk dunia kita pada esok hari, maka sebegitulah juga kita perlu berusaha untuk akhirat kita seandainya kita mati esok."
"Sebagaimana kata Rasulullah s.a.w, berusahalah untuk dunia kamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya, dan berusahalah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok." Aziz menyebutkan sebuah hadis.
"Eh, Aziz, itu bukan hadis Nabi s.a.w lah!" Amin berkata pantas.
"Oh, betulkah?" Aziz mengerut dahi. Ini kali pertama dia mendengar orang menafikan apa yang disebutkannya tadi adalah hadis. "Tapi kenapa banyak orang cakap macam tu?"
"Banyak orang cakap tak semestinya betul. Perkataan itu memang terkenal dalam masyarakat, tapi ianya bukan hadis Nabi s.a.w. Syeikh Al-Albani menyebutkan ianya tidak mempunyai asal, yakni hadis palsu dalam kitabnya, Silsilah Ahadith Adh-Dhaifah wal Maudhu'ah!" Jelas Amin dengan yakin. "Hadis palsu tu maksudnya hadis yang direka-reka lalu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta."
Syeikh Al-Albani adalah seorang ulama hadis kontemporari yang berasal daripada Albania. Beliau lahir pada tahun 1914 dan meninggal dunia pada tahun 1999. Pernah menjadi tenaga pengajar dalam bidang hadis di Universiti Islam Madinah selama tiga tahun, ketua Dirasah Islamiyah dan Fakulti Pasca Sarjana di sebuah perguruan tinggi di Jordan.
Beliau telah mendapat anugerah penghargaan tertinggi daripada Arab Saudi atas jasa-jasanya berupa King Faisal Foundation. Beliau mempunyai banyak karya yang bermanfaat kepada umat Islam, seperti Silsilah Ahadith Ash-Shahihah, Silsilah Ahadith Adh-Dhaifah wal Maudhu'ah, Tamam Al-Minnah Fi At-Ta'liq 'Ala Fiqhus Sunnah dan banyak lagi.
"Owh, jadi hadis palsu ni tak boleh gunakan?"
"Ya." Jawab Amin. "Nabi Muhammad s.a.w mengancam, barang siapa yang berdusta atas nama baginda s.a.w dengan sengaja, maka dia telah menyediakan tempat duduk bagi dirinya dalam Neraka!"
Aziz menelan air liur mendengar kata-kata Amin. Terkejut.
"Jadi, macam mana dengan aku?" Tanya Aziz dengan nada yang bimbang.
"Dulu kau tak tahu, tak apalah. Sekarang kau dah tahu, janganlah gunakan kata-kata tu lagi. Kalau kau guna pun, jangan katakan ianya adalah hadis daripada Rasulullah s.a.w." Amin cuba menenangkan kebimbangan jelas tergambar di wajah Aziz.
Aziz menarik nafas lega mendengar pernyataan tersebut. Pak Man tersenyum mendengar perbualan Amin dan Aziz. Kepandaian dan kecerdasan anak muda yang bernama Amin itu cukup mengagumkannya. Meskipun baru berumur 20 tahun lebih, tetapi dia mempunyai pengetahuan yang baik dalam agama. Pak Man, Amin dan Aziz sudah semakin jauh meninggalkan perkuburan. Sepanjang perjalananm balik ke rumah masing-masing, mata mereka disajikan dengan kehijauan yang menyenangkan mata.
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..." (Surah Al-Anbiya': 35)