Thursday, March 21, 2013

Once upon a time..


Ok,Bismillahirrahmanirrahim...

Nak dijadikan cerita,suatu malam lepas maghrib yang hening..Aku berjalan2 dengan 2 orang roomateku..sementara nak tunggu bas masing2 sampai.Lokasinya kat Jerteh..Sampai di satu simpang,aku dan Ezah menghala ke Maybank manakala Qis menghala ke kedai .. ape ntah ..Biar lah!Nasib aku dan Ezah memang baik,selalunya Maybank tersebut memang akan sesak dengan manusia tanpa mengira masa.Tetapi tidak pula pada malam itu.Kami ni pun masuklah didalam bank tersebut dengan hati yang riangnya.Nak keluar duitlah katakan!

Hati terasa tidak senang.Aku terasa seperti langkah kami diekori oleh seseorang.Sudahkan suasana sunyi sepi pada waktu itu,aku memasang langkah berjaga2.Takut ade perompak ke,penyamun ke..Aku menoleh ke belakang.Ya!memang betul,ada seseorang yang mengekori kami dari belakang.Ezah terus menyorok di belakangku.Aku memberanikan diri memandang lelaki tersebut (sebenarnya aku ni pun buat2 brani je!).Aku melihatnya dari hujung rambut smpi hujung kaki.Sesuatu telah membuatkan aku tersentap.Belum sempat aku membuka mulut,Ezah segera menarik tanganku keluar drpd bank tersebut kerana ketakutan.

Kami bertemu dengan Qis lalu menceritakan tentang apa yang kami lihat.Qis yang sememangnya bfikiran skit rasional drpd kami ni menyarankan agar Ezah buat tak tahu je..Orang kat luar ni bukan boleh percaya sangat.Bincang punya bincang,kami bertiga berpatah balik ke bank tersebut dengan berlari2 anak kerana urusan Ezah belum slesai lagi.

Kini,lelaki tersebut berada di luar bank.Hati Ezah lega.Begitu juga aku dan Qis.Disebalik cermin kaca dari dalam bank trsebut,aku melihat lelaki tersebut membuka paip air di tepi laluan orang ramai lalu meminumnya dengan muka yang klihatan sangat dahaga skali.Air paip habis memercik ke arah bajunya yang kelihatan sedikit lusuh itu.Dengan hanya berkaki ayam,dia berjalan berseorangan membelah laluan yang penuh dengan manusia itu.Kami bertiga terpegun seketika.

Hati mana yang tak kesian melihatkan keadaan yang daif itu.Bukan tak nak membantu,tetapi kadang2 kita kena berwaspada juga dengan masyarakat kat luat ni.Good doesn't means good and bad doesn't means bad.Setelah berjalan beberapa langkah beredar dari situ,hatiku meronta minta hulur something kat pak cik tu..tapi..ahh!macam tu lah..aku tak berdaya nak buat apa2.Dengan hati yg keberatan,aku berjalan bsama2 dengan roomate2ku membelah lalu lintas di Jerteh yang sesak ini

Entah knape ntah,dekat dalam bas..tanpa disedari.air mata mula jatuh menitik2dari mata yang amat pantang dan jarang skali nak menangis ni.Perlakuan pak cik tadi meghiasi ruangan pandanganku di dalam bas ni.Cuba bayangkan kalau pak cik tu ahli keluarga aku sendiri..ntahlah, aku sendiri pun tak tahu..Asal aku sensitif sangat nih!Spnjg malam aku kat dalam bas tu,aku berulang kali bacakan Al-fatihah untuk Pak cik tu.Bukan suruh dia mati awal,tapi supaya dia tabah mharungi cabaran di luar sana dan smoga Allah sentiasa membantunya.

*Moral of the story: Memadai menyedekahkan seseorang yang dalam kesusahan itu dengan iringan doa.Lagi2 bila dengan orang yang tidak kita kenali..betul x girls?~*


No comments:

Post a Comment